Bunga2,, ^^V

Sabtu, 30 Jun 2012

!! TUTUPLAH AURAT MU SEBELUM AURAT MU DITUTUP !!





Lukisan yang memaparkan wanita ini bukanlah bertujuan untuk mempromosikan aurat, tapi sekadar sesuatu pelajaran buat kita. Wallahualam..


Ingatlah apabila seruan Allah sudah sampai sejak 1, 400 tahun yang lalu, ia merupakan syariat yang wajib dilaksanakan oleh setiap individu, baik lelaki atau perempuan melainkan kepada yang berhak. Allah berfirman di dalam Al-Quran; 


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya". 
[Surah An-Nur (24):31]


Aurat adalah maruah bagi setiap individu terutama sekali bagi kaum wanita, dimana pada tubuh wanita itu terdapatnya fitnah. Perlu dijelaskan sedikit, fitnah bukan sekadar mengata atau mereka-reka cerita palsu untuk menjatuhkan air muka orang lain, tetapi juga ia bermaksud sesuatu yang boleh mendatangkan keburukan; apa-apa keburukan pun yang boleh memudaratkan. Allah Maha Mengetahui, Dia adalah pencipta manusia, malahan sekalian alam. Dia mencipta manual yang baik untuk manusia untuk diikuti iaitu Al-Quran dan secara praktikal diutuskan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ikutan sebagai sunnah/hadis-hadis. Setiap seruan daripada Allah itu juga mewujudkan zon keselamatan secara langsung kepada orang yang melaksanakan seruan-seruan tersebut, daripada dari segi adab dan kewajipan-kewajipan yang lain. 




Di dalam ayat yang lain, Allah berfirman: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "
[Surah Al-Ahzab : Ayat 59] 


Berkenaan dengan wanita-wanita yang sangat degil untuk menutup aurat, selalunya, ada 6 situasi di mana kita boleh menyaksikan perempuan-perempuan Melayu 'free hair' tegar atau perempuan-perempuan Melayu 'kaki malas' bertudung tiba-tiba memakai tudung mereka:
1- Menziarah jenazah atau ke kubur.
2- Bernikah di surau atau masjid.
3- Di majlis doa selamat,solat hajat atau bacaan Yassin.
4- Masa Ramadhan atau hari raya.
5- Di pejabat di mana 99% rakan mereka bertudung.
6-Dalam filem/drama memegang watak Muslimah.
(dirujuk daripd page Ensiklopedia Aurat)


Kenapa syariat atau kewajipan ini dilakukan hanya pada masa-masa tertentu sahaja? Hmm belum tentu kita ini beriman jika belum sampai kepada situasi yang akan menguji diri kita. Kukuhkanlah iman kita, bukan sekadar beriman pada masa-masa tertentu dan mengabaikan masa-masa senang untuk melaksanakan kewajipan.. 


Allah s.w.t berfirman: 
"Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab- kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya. Surah : AN-NISAA' Ayat : 136 


Kita bimbang kalau-kalau sebelum Aurat dan tubuh kita dibungkus dengan kain putih kita belum sempat menutup aurat. Maka, wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN), sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu hari esok, amalkan sekarang juga. 


"TUTUPLAH AURAT MU SEBELUM AURAT MU DITUTUP" 


Alhamdulillah, seperti yang kita semua ketahui, Allah itu Maha Pengampun. Dia boleh mengampunkan manusia bila-bila masa sahaja melainkan jika kita yang tidak mahu meminta keampunan daripada Allah. Mulai saat ini, marilah kita bersama-sama menutup aurat, taati seruan itu.. Sesungguhnya kewajipan itu adalah salah satu tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya. Alangkah beruntungnya kita, apabila Allah memfokuskan kepada manusia untuk diperbetulkan dan ditunjukkan jalan yang lurus berbanding makhluk lain seperti kayu, batu, binatang dan sebagainya.
Allah mengutuskan insan yang mulia untuk kita ikuti yakni Nabi Muhammad s.a.w. dan pegangan yang agung bagi umat Islam, yakni Al-Quran.


Wallahua'lam.... ^^


"Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat."
(Maksud hadith)


Read more...

_pErsAhaBaTaN_





Ayat Al Quran Mengenai Persahabatan: Sahabat Pada Hari Kiamat


(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (al-Zukhruf:67)

Hadis Persahabatan: Memilih Kawan


"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad)

Ayat Al Quran Berkenaan Persahabatan: Orang Zalim Yang Menggigit Jari


"Pada hari itu orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul Allah. Wahai alangkah baiknya kalau aku tidak menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku dari mengingati pesanan (Allah) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan melepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia. (Al-Furqan: 27-29)

Hadis Persahabatan: Tukang Besi dan Penjual Minyak Wangi


"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)

Hadis Persahabatan: Jangkitan Orang Durjana


"Jangan bersahabat dengan orang yang durjana nanti menjangkit kedurjanaanya kepada anda. Awas dari berkawan dengan rakan/sahabat yang jahat." (Al-Mustadrak ala al Sahihain)

Hadis Mengenai Persahabatan: Orang Mukmin


"Jangan bersahabat kecuali dengan orang Mukmin." [Riwayat Abu Daud)

Hadis Persahabatan: Jamuan Orang Bertakwa


"Janganlah memakan jamuan anda melainkan orang yang bertaqwa." (Riwayat Abu Daud)

Hadis Persahabatan: Cermin


"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Ikatan Setiakawan Kerana Allah


"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah." (Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)

Hadis Persahabatan: Memanfaatkan Kelebihan Diri Untuk Menolong Orang Yang Tidak Ada Kelebihan Tersebut


"Sesiapa yang mempunyai kelebihan tunggangan maka hendaklah dia membantu memudahkan untuk orang-orang yang tidak mempunyai kenderaan. Sesiapa yang mempunyai bekalan lebih maka hendaklah dia membantu orang yang tidak mempunyai bekalan." (Riwayat Muslim)

Hadis Persahabatan: Rasa Sayang


“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Doa Untuk Sahabat


Umar Ibnu al-Khattab meriwayatkan:Pada suatu ketika saya memohon izin daripada Rasulullah s.a.w. untuk pergi menunaikan umrah. Baginda mengizinkan saya. Beliau berpesan “Jangan lupa mendoakan kami wahai saudaraku.”. Saya amat berbesar hati dengan ungkapan Baginda tersebut. (Riwayat Abu Daud)

Hadis Persahabatan: Bermanis Muka


Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat” Riwayat Muslim)

Hadis Persaudaraan: Dua Muslim Berjabat Tangan


Rasulullah s.a.w. bersabda:“Setiap dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah” (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Sering Ziarah-Menziarahi


Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman:“Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku(Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku(Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)” (Riwayat Ahmad)

Hadis Persaudaraan: Ucapan Untuk Sahabat - Kelahiran Anak


“Semoga Allah memberkati anda dengan kelahiran anak ini. Semoga anda bersyukur terhadap kurniaan Allah, mudah-mudahan anda dikurniakan kebaikan setelah ianya membesar.” (Diriwayatkan daripada Hussein Saidina Ali)

Hadis Persaudaraan: Ucapan Untuk Sahabat - Pulang Dari Perjalanan Jauh


“Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan anda dalam perjalanan, mempertemukan saya dengan anda serta telah memuliakan anda dengan perjalanan tersebut.” (Diriwayatkan daripada Para Leluhur Silam; Salaf)

Hadis Persaudaraan: Ucapan Untuk Sahabat - Pulang Dari Medan Perjuangan Atau Jihad


“Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadamu kejayaan, kemuliaan dan pengorbanan.” (Riwayat Muslim, Nas’I daripada A’isya)

Hadis Persahabatan - Ucapan Untuk Saudara - Pulang Dari Menunaikan Haji


“Semoga Allah menerima ibadah hajimu, mengampunkan dosamu, serta menggantikan semula harta yang telah anda belanjakan.” (Riwayat Ibnu Sunni daripada Ibnu Umar)

Hadis Persahabatan: Memberikan Hadiah


Ad-Dailami meriwayatkan daripada Anas r.a.; Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; “Kerapkanlah memberi hadiah kerana ia boleh meneguhkan kasih sayang dan menghilangkan persanggitan hati.” (Riwayat Thabrani)Dalam hadith yang lain Baginda bersabda:“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih.” (Riwayat Malik)

Hadis Berkenaan Persaudaraan Dalam Islam: Tujuh Hak Seorang Muslim Daripada Muslim Yang Lain.


Rasulullah s.a.w. menerangkan:“Tiap orang MuKmin telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mukmin yang lain:

1. iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan,
2. menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya,
3. menghulurkan simpati dengan harta sendiri,
4. mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya,
5. menziarahinya ketika sakit,
6. mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan
7. tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja setelah ketiadaannya.”
(Riwayat Ibnu Babawaih)


Read more...