Bunga2,, ^^V

Selasa, 31 Julai 2012

MAKANAN-MAKANAN DI NERAKA !!




Antara Jenis Makanan Yang Ada Dalam Neraka

1. ZAQQUM

Firman Allah swt: Sesungguhnya pohon zaqqum itu, makanan orang yang banyak berdosa. Ia bagaikan kotoran minyak yang mendidih di dalam perut, seperti mendidihnya air yang amat panas. (43 – 46 : ad-Dukhan)

Firman Allah swt: (Makanan surga) itukah hidangan yang lebih baik ataukah pohon zaqqum.? Sesungguhnya Kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai ujian bagi orang-orang yang zalim (samada mereka percaya atau tidak). Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang tumbuh dari dasar neraka. Buahnya seperti kepala syaitan-syaitan. Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebagian dari buah pohon itu sehingga memenuhi perutnya dengan buah zaqqum itu. (62 – 66 : as-Saffat).

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya Nabi saw membaca ayat ini: “bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.”

Rasulullah saw bersabda: “Sekiranya setitis zaqum menitis ke dunia nescaya akan merosakkan seluruh kehidupan ahli dunia. Bagaimana keadaan orang yang setiap hari buah zaqum menjadi makanannya?”

Hadis riwayat Tirmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban. Syekh Syuaib menyatakan sanad hadis ini sahih.

Imam Ibnu Kathir berkata: “Allah swt menyatakan mereka memakan pokok ini walaupun rupanya sangat buruk dan sangat hodoh. Tambahan lagi dengan rasanya yang tidak sedap dan bau yang busuk. Mereka terpaksa makan kerana tidak ada yang lain.”

2. GISLIN

Firman Allah swt: Maka tiada seorang temanpun baginya pada hari ini di neraka ini Dan tiada (pula) makanan sedikitpun (baginya) kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa. (35-37 : al-Haqqah).

Ulama berselisih pendapat terhadap hakikat Gislin seperti berikut:

1. Nanah ahli neraka yang keluar dari luka dan kemaluan mereka. (Ibnu Abbas)
2. Pohon yang menjadi makanan ahli neraka. (Dahhak dan Rabie bin Anas)
3. Air dari basuhan daging dan darah ahli neraka. (Akhfasy)


3. DARIE’

Firman Allah swt: Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri. yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar. ( 6 dan 7 : al-Ghasiah)

Para Ulama berselisih pendapat terhadap Darie’. Diantaranya adalah seperti berikut:

1. Tumbuhan yang berduri yang melata di tanah. (Pendapat Ikrimah, Mujahid dan kebanyakan ulama tafsir).
2. Batu (pendapat Said bin Jubair).
3. Tumbuhan hijau yang busuk. Ianya dilemparkan laut ke daratan. (pendapat Khalil).
4. Pohon berasal dari api neraka. (Pendapat Ibnu Abbas)

Pendapat yang dipilih adalah seperti yang dinyatakan oleh Imam Qurtubi:

“Pendapat yang lebih jelas adalah ianya pokok yang berduri seperti ianya di dunia. Daripada Ibnu Abbas ra, Nabi saw bersabda: “ Darie adalah sesuatu yang ada dalam neraka. Ia meyerupai duri. Lebih pahit dari pokok lidah buaya. Lebih busuk dari bangkai. Lebih panas dari api. Allah swt namakannya sebagai Darie.” (Hadis riwayat Ibnu Mardawiyah – sanadnya lemah)

4. MAKANAN YANG SUKAR UNTUK DITELAN

Karena sesungguhnya pada sisi Kami ada belenggu-belenggu yang berat dan neraka yang menyala-nyala. Dan makanan yang menyebabkan tercekik di kerongkong dan azab yang pedih. (12 – 13 : al-Haqqah)

Ibnu Abbas berkata: “Makanan yang tidak boleh ditelan dan tersangkut di halkum. Tidak boleh turun ke perut dan tidak boleh dikeluarkan. Makanan ini adalah Gislin, Zaqqum dan Dharie.”

5. KELAPARAN YANG MENYEKSAKAN

Abu Darda berkata: Rasulullah saw bersabda: “ Dicampakkan rasa lapar kepada ahli neraka. Kelaparan yang mereka rasai menyamai azab yang mereka alami dalam neraka. Lalu mereka menjerit meminta tolong dan mereka pun diberikan Darie yang tidak menghilangkan kelaparan mereka. Lalu mereka menjerit meminta makanan dan mereka pun dibawa makanan yang menyebabkan mereka tercekik. Mereka teringat kalau tercekik didunia mereka hilangkan dengan air. Mereka pun meminta air minuman. Lalu mereka diberi air yang sangat panas dengan besi-besi panjang yang berkapala sabit. Muka mereka hangus terbakar apabila air ini menghampiri mereka. Segala isi perut terputus apabila masuk kedalam perut mereka.

Hadis riwayat Tirmizi dengan sanad yang lemah. Kebanyakan apa yang disebut dalam hadis ini ada disebut dalam ayat Quran dan Hadis sahih yang lain.

RUJUKAN:
Tafsir Qurtubi, Tafsir Ibnu Kathir, Tuhfatul Ahwazi, Sunan Tirmizi tahqiq syeikh Syuaib, Muntaqa oleh Dr Yusuf Qardawi, Tazkirah oleh Qurtubi, Buhur Zahirah oleh Imam as-Safirani. -Bloggermuslim
Read more...

Isnin, 30 Julai 2012

:: Perihal API NERAKA ::


Dikisahkan bahawa Rasulullah S.A.W bertanya kepada Malaikat Jibrail tentang api neraka, kata Rasulullah S.A.W.:"Wahai Jibrail, beritahu kepadaku tentang api neraka." Maka Jibrail pun berkata: "Ya Muhammad, sebenarnya api neraka itu berwarna hitam pekat, andaikan kalau api itu jatuh ke atas bumi ini walaupun sebesar lubang jarum nescaya akan terbakarlah bumi ini. Dan tentang baju neraka pula, kalau baju neraka itu digantungkan antara langit dengan bumi nescaya akan mati semua penduduk bumi disebabkan bau busuk yang paling dasyat."

Kemudian Jibrail berkata lagi:"Wahai Muhammad, kalau malaikat yang sembilan belas itu turun ke bumi sudah tentu akan mati semua penduduk bumi sebab bentuk mereka yang sangat mengerunkan, dan kalau satu pergelangan dari rantai neraka itu jatuh ke bumi, ia akan menembus ke dalam tujuh petala bumi."

Apabila Rasulullah mendengar penjelasan dari Malaikat maka Rasulullah pun berkata:"Hasbi ya Jibrail"(cukup hai Jibrail),lalu Rasulullah S.A.W. menangis dan Jibrail pun turut menangis. Apabila Rasulullah melihat Jibrail menangis maka Rasulullah pun bertanya kepada Jibrail: "Wahai Jibrail!, mengapa kamu menangis padahal kedudukan kamu sangat mulia di sisi Allah S.W.T?" Maka Jibrail menjawab: "Ya Muhammad, tidak ada yang dapat menjamin keamananku,walaupun kedudukan aku sangat dekat dengan Allah S.W.T., tetapi aku takut kalau Allah S.W.T. hendak mengubah aku atau hendak mengujiku sebagaimana Harut dan Marut dan Iblis yang terkituk itu."

Walaupun kedudukan malaikat Jibrail sangat dekat dengan Allah ia tetap menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Tetapi, malangnya manusia masih lagi tidak takut kepada Allah biarpun telah nyata tanda-tanda kekuasaan Allah melalui cerita-cerita dari Al-quran dan hadis.

Oleh itu, takutlah kamu kepada Allah kerana azab Allah amat pedih. Sesal di dunia pendapatan, sesal di akhirat tiada gunanya..
Read more...

Sabtu, 28 Julai 2012

*Kisah Katak Dengan Nabi Dawud A.S.*



ஜ♥(¯`•.¸ღ Assalamu'alaikum ღ¸.•´¯)♥ஜ♥

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

Dalam sebuah riwayat menerangkan bahawa pada suatu masa Abi Dawud A.S telah keluar ke suatu tempat untuk beribadat,beribadatlah Nabi Dawud di tempat yang dipilihnya selama setahun. Setelah genap setahun Nabi Dawud A.S beribadat kepada Allah S.W.T. maka beliau pun berdoa: "Ya Rabbi,ya Tuhanku. Telah bongkok punggungku dan telah lemah mataku dan telah kering air mataku, tetapi aku belum lagi tahu bagaimanakah keadaan nasibku?"

Setelah Nabi Dawud berkata demikian maka Allah S.W.T. menyuruh katak yang berada di tempat itu menjawab soalan Nabi Dawud itu.

Firman Allah S.W.T. pada katak yang bermaksud: "Wahai katak, jawablah pertanyaan hambaKu Dawud itu."

Kemudian dengan izin Allah S.W.T. maka berkata katak itu: "Wahai Nabi Dawud, wahai nabi utusan Allah. Apakah yang membuat kamu mengira-ngira pada ibadatmu yang setahun itu, demi Allah yang mngutus kamu menjadi nabi. Aku sendiri pun telah hidup di hutan ini selama 30 atau 60 tahun sentiasa bertasbih, bertahmid kepada Tuhan. Walaupun begitu lama tetapi sendi-sendiku tetap gementar kerana takut kepada Tuhanku."

Setelah Nabi Dawud mendengar penjelasan dari katak itu maka menangislah beliau dengan penuh kesal.

Ada riwayat yang mengatakan kejadian yang sama seperti ini pernah terjadi ke atas Nabi Musa A.S. iaitu sesudah terjadinya pembunuhan yang tidak disengajakan olehnya.

Kita sebagai hamba Allah tidaklah boleh mengira akan amal-amal yang kita telah buat, sebab kalau kita bandingkan seluruh tubuh kita yang Allah S.W.T. ciptakan maka kita tidaklah layak untuk mengira amal kita. Tujuan kita hanyalah ikut segala yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. dan meninggalkan segala laranganNya, ini adalah sebagai mensyukuri segala nikmat dan reeki yang Allah telah berikan kepada kita.

Walaupun dari mula kita lahir ke dunia ini sehingga kita meninggal kita sentiasa sahaja membuat amal, maka amal kita itu tidaklah layak bagi kita untuk menebus sebelah mata yang Allah berikan kepada kita. Oleh itu, hendaklah kita sentiasa berbuat amal ibadat tanpa kita hitung. Semoga kita menjadi orang yang disukai oleh Allah, Rasul dan para malaikat.

Jaminan untuk masuk syurga hanya akan diperolah dengan rahmat Allah, tanpa rahmat Allah adalah mustahil seseorang itu dapat memasuki syurga Allah S.W.T. Amal ibadat yang kita buat tidak akan dapat menjamin kita mesuk ke syurga,tetapi dengan rahmat Allah kita dapat memasuki syuga Allah. Oleh itu apabila kita berdoa maka mohon pada Allah supaya Allah memberi pada kita syurga yang dijanjikan dengan rahmatNya..
Read more...

|| Malaikat Memberi Penghormatan Kepada Mu'awiyah ||



ஜ♥(¯`•.¸ღ Assalamu'alaikum ღ¸.•´¯)♥ஜ♥

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

Anas bin Malik r.a berkata: "Sewaktu kami bersama-sama Rasulullah S.A.W. berada di Tabuk, maka terbitlah matahari yang mana cahayanya belum pernah terlihat seperti itu sebelumnya. Jauhnya cahaya itu dari Rasulullah S.A.W. dengan kota Madinah ialah sebulan perjalanan. Maka pada suatu hari terbitlah matahari dalam keadaan redup, dan turun malaikat Jibrail A.S.

Apabila melihat kedatangan Jibrail A.S. maka Rasulullah S.A.W. pun bertanya: "Wahai Jibrail, kenapa matahari hari ini terbit dalam keadaan redup?"

Malaikat Jibrail A.S berkata: "Matahari hari ini nampak seperti redup adalah kerana terlampau banyaknya sayap para malaikat."

Rasulullah S.A.W berkata: "Apa halnya maka terjadi demikian?"
Kata Jibrail A.S: "Ini adalah kerana Mu'awiyah meninggal dunia di Madinah, Allah S.W.T. telah mengutus seramai 70,000 malaikat supaya membaca selawat untuk Mu'awiyah."

Rasulullah S.A.W. berkata: "Apa sebabnya?"

Maka malaikat Jibrail A.S. pun berkata: "Ini adalah kerana Mu'awiyah selalu banyak membaca "Qul huwallaahu Ahad" pada waktu malam, siang, berjalan, berdiri, duduk, pergi, balik bahkan pada setiap keadaan."

Jibrail A.S. menambah lagi: "Ya Rasulullah S.A.W., mahukah kamu aku menggenggam bumi ini supaya bumi ini membaca selawat untuk Mu'awiyah?"

Rasulullah S.A.W. berkata: "Ya Jibrail,teruskan."

Setelah mendapat perintah dari Rasulullah S.A.W. maka Jibrail A.S pun memukul kedua belah sayapnya pada bumi sehingga bumi menjadi sempit. Kemudian diangkatnya sehingga Rasulullah S.A.W. dapat melihat dibelakangnya diiringi oleh malaikat yang berbaris-baris, setiap satu baris itu ada 70,000 para malaikat. Setelah itu Rasulullah S.A.W. pun mengerjakan solat untuk Mu'awiyah.

Surah al-Ikhlas memang banyak kelebihannya, sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan busuk di dalam kubur. Dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian Siratul Mustaqim dan menuju ke syurga."

(Demikian diterangkan dalam Tadzkiratil Qurthuby)
Read more...

Rabu, 25 Julai 2012

~ 10 Alasan Paling Popular Bagi Wanita Yang Enggan Menutup Aurat ~


1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?!
>>>Dik, yang pasti, jika tidak menutup aurat, confirm masuk neraka.

2. Pakai jarang ke, ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka, jangan tengok.
>>> Dah lalu lalang depan mata, suka tak suka pasti tertengok jugak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan?!

3. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami...
>>> Seksi atau tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut.

4. Walaupun kami tidak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
>>> Kita yakinkah bahawa ibadah kita itu sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga?!

5. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
>>> Anda sebenarnya telah menyusahkan bapa, suami, saudara lelaki dan anak lelaki anda dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda.

6. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
>>> Berani cakap kat dunia. Berani ke cakap macam tu depan Allah nanti?! Lawan perintah Allah, neraka tempatnya.

7. Kami pakai seksi macam ni sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene.
>>> Sanggup patuh arahan mereka yang hanya manusia biasa daripada patuh suruhan Allah?!

8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
>>> Macam mana seru tu?! Nasihat yang diberi tu, seru lah tu. Nak seru macam mana lagi? Mati tidak mengenal usia. Takut tak sempat nak bertaubat nanti.

9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la...
>>> Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, "Tunggu la kejap. Lapak la dulu. Jangan ambil nyawa aku dulu..."

10. Tutup aurat tu bagus, tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
>>> Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit. Mengaku sebagai Islam, mengaku sebagai hamba Allah, mengaku sebagai umat Muhammad, namun segala suruhan agama, segala perintah Allah, segala pesanan Rasulullah, semuanya anda tak buat.

Ikhlas tak ikhlas lain cerita, yang penting WAJIB buat!
Read more...

Isnin, 9 Julai 2012

❤ TAZKIRAH RAMADHAN ❤




ஜ♥(¯`•.¸ღ Assalamu'alaikum ღ¸.•´¯)♥ஜ♥

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•


Umat Islam digalakkan untuk mempercayai hari kiamat kerana terdapat dalam rukun iman yang kelima sebelum menpercayai qada' dan qadar. Barangsiapa tidak percaya hari kiamat, maka dia tidak beriman. Orang Islam dengan orang beriman adalah berbeza. Oleh itu, muhasabahlah diri sebelum terlambat.

Kiamat ini akan berlaku dalam beberapa kronologi. Yang pertama ialah kemunculan dajal selama 40 tahun. Dajal sudah ada tapi kita tidak tahu siapa. Ia akan ditunjukkan oleh Allah pada fasa kedua yang mana Allah akan menurunkan asap dukhan, pada pertengahan bulan ramadhan, pada hari jumaat (hadis nabi) di mana pertengahan ramadhan yang paling hampir pada tahun ini ialah 21 ramadhan yang jatuhnya pada hari jumaat. (tidak mustahil kan?)
Wallahua'lam..

Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat ialah asap(ad-Dukhan) yang memenuhi timur dan barat. Asap itu berada di bumi selama 40 hari. Bagi orang mukmin yang kena asap itu, ia hanya akan diserang gejala semacam selsema. Tetapi bagi orang kafir ia akan mabuk. Asap itu keluar dari lubang hidung, kerongkongan, mata, telinga dan duburnya" (HR. Iman Qurtubhi)

Selepas itu, kita sudah tahu siapa dajal kerana akan muncul perkataan kafir di dahinya begitu juga pengikutnya ada perkataan kafir di dahinya. Beberapa hadis mengatakan ia berlaku selama 40 hari, tetapi beberapa kejian mengatakan setahun lebih. Pada masa itu bumi akan gelap kerana asap yang tebal seperti dalam surah ad-Dukhan: Maka tunggulah hari ketika langit menbawa asap tebal yang nyata yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih. (ayat 10-11)

Imam Nu'aim bin Hammad malaporkan hadis, seperti berikut:
Rasulullah S.A.W berkata: "Apabila bunyi muncul pada bulan ramadhan,akan terjadi huru-hara pada bulan Syawal." Kami bertanya,"Bunyi apa itu, wahai Rasulullah?" Beliau menjawab. "Bunyi yang kuat pada pertengahan bulan Ramadhan. Pada malam Jumaat, akan muncul bunyi yang kuat, yang membangunkan orang tidur, yang membuatkan orang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar pingitannya. Ia berlaku pada malam jumaat dalam tahun terjadinya banyak gempa. Jika kamu melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah ke dalam rumah, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kamu, sumbatlah telinga kamu. Jika kamu berasa adanya bunyi yang kuat, maka sujudlah kepada Allah dan ucapkanlah 'Subhaanal Quddus (Maha Suci al-Qudduus), Robbunal quddus (tuhan kami al-quddus!) kerana orang yang tidak melaksanakan perkara itu akan binasa."

Asap akhir zaman akan menjejaskan sistem pernafasan mereka yang tidak berpuasa pada bulan ramadhan. Akibatnya, wajah mereka membengkak, mata mereka menjadi buta dan telinga mereka pula menjadi pekak. Pada masa yang sama, orang Islam yang berpuasa ramadhan hanya terkena gejala seperti selsema. Pada masa itu, kita dapat membezakan antara orang-orang yang beriman dan tidak beriman ekoran kesan yang ditimbulkan oleh dukhan. Ini salah satu dari hari-hari pembeza, yaumul furqan (pembeza antara benar dan salah).

"Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih dan memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur." (SURAH AS-SAJDAH, AYAT 15)

Mungkinkah pada pertengahan remadhan ini semuanya akan berlaku kerana telah banyak kerosakan yang dilakukan oleh manusia dan bencana alam seperti di Acheh dan Jepun. Oleh itu, kita haruslah bersedia pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu seluruh umat Islam diseru:

*YAKIN ALLAH yang menyembuhkan penyakit dan memberi penyakit kepada kita, nukan makhluk atau
jin/syaitan yang berkuasa ke atas kita. Ini kerana dajal itu mengaku tuhan dan berkuasa atas
segalanya.

*Jika benar asap Dukhan muncul pada pertengahan ramadhan ini, kita harus bersedia. SOLAT
TAUBAT, BANYAKKAN ISTIGHFAR DAN SELAWAT KE ATAS NABI. Mohon Allah selamatkan kita daripada
fitnah dajal. Banyakkan membaca SURAH AL-KAHFI dan ASMAUL HUSNA.

*Membeli barangan keperluan untuk setahun

*Mantapkan iman dengan beribadah dan memohon PETUNJUK (HIDAYAH) Allah.
Read more...