Bunga2,, ^^V

Sabtu, 28 Julai 2012

*Kisah Katak Dengan Nabi Dawud A.S.*



ஜ♥(¯`•.¸ღ Assalamu'alaikum ღ¸.•´¯)♥ஜ♥

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

Dalam sebuah riwayat menerangkan bahawa pada suatu masa Abi Dawud A.S telah keluar ke suatu tempat untuk beribadat,beribadatlah Nabi Dawud di tempat yang dipilihnya selama setahun. Setelah genap setahun Nabi Dawud A.S beribadat kepada Allah S.W.T. maka beliau pun berdoa: "Ya Rabbi,ya Tuhanku. Telah bongkok punggungku dan telah lemah mataku dan telah kering air mataku, tetapi aku belum lagi tahu bagaimanakah keadaan nasibku?"

Setelah Nabi Dawud berkata demikian maka Allah S.W.T. menyuruh katak yang berada di tempat itu menjawab soalan Nabi Dawud itu.

Firman Allah S.W.T. pada katak yang bermaksud: "Wahai katak, jawablah pertanyaan hambaKu Dawud itu."

Kemudian dengan izin Allah S.W.T. maka berkata katak itu: "Wahai Nabi Dawud, wahai nabi utusan Allah. Apakah yang membuat kamu mengira-ngira pada ibadatmu yang setahun itu, demi Allah yang mngutus kamu menjadi nabi. Aku sendiri pun telah hidup di hutan ini selama 30 atau 60 tahun sentiasa bertasbih, bertahmid kepada Tuhan. Walaupun begitu lama tetapi sendi-sendiku tetap gementar kerana takut kepada Tuhanku."

Setelah Nabi Dawud mendengar penjelasan dari katak itu maka menangislah beliau dengan penuh kesal.

Ada riwayat yang mengatakan kejadian yang sama seperti ini pernah terjadi ke atas Nabi Musa A.S. iaitu sesudah terjadinya pembunuhan yang tidak disengajakan olehnya.

Kita sebagai hamba Allah tidaklah boleh mengira akan amal-amal yang kita telah buat, sebab kalau kita bandingkan seluruh tubuh kita yang Allah S.W.T. ciptakan maka kita tidaklah layak untuk mengira amal kita. Tujuan kita hanyalah ikut segala yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. dan meninggalkan segala laranganNya, ini adalah sebagai mensyukuri segala nikmat dan reeki yang Allah telah berikan kepada kita.

Walaupun dari mula kita lahir ke dunia ini sehingga kita meninggal kita sentiasa sahaja membuat amal, maka amal kita itu tidaklah layak bagi kita untuk menebus sebelah mata yang Allah berikan kepada kita. Oleh itu, hendaklah kita sentiasa berbuat amal ibadat tanpa kita hitung. Semoga kita menjadi orang yang disukai oleh Allah, Rasul dan para malaikat.

Jaminan untuk masuk syurga hanya akan diperolah dengan rahmat Allah, tanpa rahmat Allah adalah mustahil seseorang itu dapat memasuki syurga Allah S.W.T. Amal ibadat yang kita buat tidak akan dapat menjamin kita mesuk ke syurga,tetapi dengan rahmat Allah kita dapat memasuki syuga Allah. Oleh itu apabila kita berdoa maka mohon pada Allah supaya Allah memberi pada kita syurga yang dijanjikan dengan rahmatNya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan