Bunga2,, ^^V

Isnin, 30 Julai 2012

:: Perihal API NERAKA ::


Dikisahkan bahawa Rasulullah S.A.W bertanya kepada Malaikat Jibrail tentang api neraka, kata Rasulullah S.A.W.:"Wahai Jibrail, beritahu kepadaku tentang api neraka." Maka Jibrail pun berkata: "Ya Muhammad, sebenarnya api neraka itu berwarna hitam pekat, andaikan kalau api itu jatuh ke atas bumi ini walaupun sebesar lubang jarum nescaya akan terbakarlah bumi ini. Dan tentang baju neraka pula, kalau baju neraka itu digantungkan antara langit dengan bumi nescaya akan mati semua penduduk bumi disebabkan bau busuk yang paling dasyat."

Kemudian Jibrail berkata lagi:"Wahai Muhammad, kalau malaikat yang sembilan belas itu turun ke bumi sudah tentu akan mati semua penduduk bumi sebab bentuk mereka yang sangat mengerunkan, dan kalau satu pergelangan dari rantai neraka itu jatuh ke bumi, ia akan menembus ke dalam tujuh petala bumi."

Apabila Rasulullah mendengar penjelasan dari Malaikat maka Rasulullah pun berkata:"Hasbi ya Jibrail"(cukup hai Jibrail),lalu Rasulullah S.A.W. menangis dan Jibrail pun turut menangis. Apabila Rasulullah melihat Jibrail menangis maka Rasulullah pun bertanya kepada Jibrail: "Wahai Jibrail!, mengapa kamu menangis padahal kedudukan kamu sangat mulia di sisi Allah S.W.T?" Maka Jibrail menjawab: "Ya Muhammad, tidak ada yang dapat menjamin keamananku,walaupun kedudukan aku sangat dekat dengan Allah S.W.T., tetapi aku takut kalau Allah S.W.T. hendak mengubah aku atau hendak mengujiku sebagaimana Harut dan Marut dan Iblis yang terkituk itu."

Walaupun kedudukan malaikat Jibrail sangat dekat dengan Allah ia tetap menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Tetapi, malangnya manusia masih lagi tidak takut kepada Allah biarpun telah nyata tanda-tanda kekuasaan Allah melalui cerita-cerita dari Al-quran dan hadis.

Oleh itu, takutlah kamu kepada Allah kerana azab Allah amat pedih. Sesal di dunia pendapatan, sesal di akhirat tiada gunanya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan