Bunga2,, ^^V

Sabtu, 28 Julai 2012

|| Malaikat Memberi Penghormatan Kepada Mu'awiyah ||



ஜ♥(¯`•.¸ღ Assalamu'alaikum ღ¸.•´¯)♥ஜ♥

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

Anas bin Malik r.a berkata: "Sewaktu kami bersama-sama Rasulullah S.A.W. berada di Tabuk, maka terbitlah matahari yang mana cahayanya belum pernah terlihat seperti itu sebelumnya. Jauhnya cahaya itu dari Rasulullah S.A.W. dengan kota Madinah ialah sebulan perjalanan. Maka pada suatu hari terbitlah matahari dalam keadaan redup, dan turun malaikat Jibrail A.S.

Apabila melihat kedatangan Jibrail A.S. maka Rasulullah S.A.W. pun bertanya: "Wahai Jibrail, kenapa matahari hari ini terbit dalam keadaan redup?"

Malaikat Jibrail A.S berkata: "Matahari hari ini nampak seperti redup adalah kerana terlampau banyaknya sayap para malaikat."

Rasulullah S.A.W berkata: "Apa halnya maka terjadi demikian?"
Kata Jibrail A.S: "Ini adalah kerana Mu'awiyah meninggal dunia di Madinah, Allah S.W.T. telah mengutus seramai 70,000 malaikat supaya membaca selawat untuk Mu'awiyah."

Rasulullah S.A.W. berkata: "Apa sebabnya?"

Maka malaikat Jibrail A.S. pun berkata: "Ini adalah kerana Mu'awiyah selalu banyak membaca "Qul huwallaahu Ahad" pada waktu malam, siang, berjalan, berdiri, duduk, pergi, balik bahkan pada setiap keadaan."

Jibrail A.S. menambah lagi: "Ya Rasulullah S.A.W., mahukah kamu aku menggenggam bumi ini supaya bumi ini membaca selawat untuk Mu'awiyah?"

Rasulullah S.A.W. berkata: "Ya Jibrail,teruskan."

Setelah mendapat perintah dari Rasulullah S.A.W. maka Jibrail A.S pun memukul kedua belah sayapnya pada bumi sehingga bumi menjadi sempit. Kemudian diangkatnya sehingga Rasulullah S.A.W. dapat melihat dibelakangnya diiringi oleh malaikat yang berbaris-baris, setiap satu baris itu ada 70,000 para malaikat. Setelah itu Rasulullah S.A.W. pun mengerjakan solat untuk Mu'awiyah.

Surah al-Ikhlas memang banyak kelebihannya, sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan busuk di dalam kubur. Dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian Siratul Mustaqim dan menuju ke syurga."

(Demikian diterangkan dalam Tadzkiratil Qurthuby)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan